Kek Batik

Kek Batik yang senang n sedap! Banyak2 kek, kek batik ler kek yg paling senang nak wat dalam dunia. Tak payah susah2 nak  pakai tepung lar, nk bakar larr...Bahan2 nak buat kek ni pon senang nak dapat n murah!

Ok ni lar bahan2 nya:
1 paket Milo (yang paling kecik tau)
1 paket biskut marie (dipatah-patah dan di karate kan kepada 4 bahagian)
1 ketul butter 250g (yang size kecik, kalau beli size besar 500g tu bahagi lah dua)
1 sudu besar esen vanilla (saja klu nak bagi wangi larr...kku x ske guna xyah letak)
1/2 tin susu pekat manis (kalau tak kuat manis letak suku je lah, kalau kuat sangat manis boleh lah tuang satu tin tu terus tapi tak digalakkan lar, nt x pasal dpt penyakit kencing sweet...hehee)

Cara2 nak buat:
1. Masukkan seketul butter, sepaket milo kecik tu (habiskan je terus) dengan susu di dalam kuali/periuk anda. Dan kacau laju-laju. Kacau je, jangan bagi dia berketul ok. Sebab mende alah ni senang sangat nak berketul. So memang kena kacau laju-laju macam kipas dekat syiling pasang nombor 4 (ok dah cukup kelajuan tu)
2. Pastu, kalau dah tengok dia macam blup blup blup buih menggelegak tu, masukkan biskut marie pulak. Kacau biskut tu bagi semua body body biskut tu dimandikan coklat . Tutup api. Jangan kacau lama sangat atas api, karang dia lembik pulak
3. Masuk kan dalam loyang, pastu tekap tekap kan permukaan kek batik tu guna sudu, kasi mampatkan kek tu dan bagi semua biskut tu mendapat tempat dan ruang yang hak dan saksama.
4. Rasa-rasa macam dah puas hati, masuk dalam peti ais. Dalam 4 jam masuk dalam peti ais, boleh keluarkan. Nak semalaman sejuk kan pon boleh

Comments