Resort Di Kampung Salang Pulau Tioman

Disini saya ada sediakan senarai chalet yang ada di Kg. Salang untuk kengkawan buat keputusan.....

hurmm sila take note ek.. korang leh pilih bedasarkan kemampuan dan keselesaan korang.. sebab kekadang salah pilih chalet pon leh ganggu mood pecutian korang.. kot kot jauh ngan pantai ker, susah nak cuci mata ker, kotor ker.. in case memang time kengkawan pergi tu dah tak banyak chalet yg ada.. no choice la ek..hehe

A. Salang Damai

Rate chalet adalah satu malam RM100, so kalo 3 hari 2 malam Rm200 ler.. dia ikot berapa malam yg korang tido situ ek.. chalet ni bersebelahan betul dengan puak puak yg kaki diving.. memang port dia.. sgt besar dan luas la kalo masuk bilk dia.. rasanya kalo x ikot pakej.. leh muat 7-8 orang dalam tu..

Cuma persekitaran chalet ni tak menarik huhu.. tak ada pekerja kot untuk menjaga chalet ni, sebab owner chalet ni macam tak sempat jer.. dia nak jaga chalet, dia nak jual burger, nak jaga kedai runcit dia.. semuanya dia hehehe.. tapi kalau kengkawan suka cuci mata.. mmg kat sini pon ok jer~~

_______________________________________________

B. Salang Sayang

Salang sayang ni bersebelahan dengan Salang Damai.. kawasan dia besar.. tempat dia stragik la.. berhadapan dengan laut tempat orang mandi manda dan snorkelling.. persekitaran bersih dan cantik.....

rate chalet ni ( rate sewa satu malam) :

bilik standard ( muat 2 org ) Rm70, kipas jer

bilik lereng bukit ( muat 2 org ) Rm80, kipas jer

sea view ( muat 2 org ) Rm100, kipas jer

bilik ada kebun bunga ( muat 2 org ) Rm80, kipas jer

bilik triple ( muat 3 org ) Rm170, ada ekon

bilik family ( muat 4 org ) Rm220, ada ekon

bilik lereng bukit ( muat 2 org ), Rm120, ada ekon

no telefon : zaid – 09-4195020, 09-4195010

no henpon : zaid – 013-7206439

website : www.salangsayangresort[dot]com

_____________________________________
__________
C. Salang Pusaka

Salang Pusaka ni, persekitaran chalet dia kemas jer, cantik, bersih... macam kat kampong-kampong.. cuma dia tersorok kat dalam, kat belakang chalet Salang Damai.. so memang tak ada yang menghadap pantai. Lepas tu.. ada pulak sungai cm x brape nk sungai..heheee... kalau masa air surut.. waktu petang macam tu, aroma theraphy dia naik.. masyukkk... nak muntah pun ada.. patut la biawak banyak... huhuhuu

Rate chalet Salang Pusaka ( semua bilik ada ekon taw) :

basic ( muat 2 org ) Rm80 satu malam

standard ( muat 2 org ) - Rm 110 satu malam

deluxe ( muat 2 org ) - Rm 140 satu malam

superior ( muat 2 org ) - Rm180 @ Rm250 satu malam

deluxe ( muat 3 org ) - Rm160 satu malam

deluxe ( muat 4 org ) - Rm180 satu malam

basic ( muat 4 org ) - Rm120 satu malam

basic ( muat 5 org ) - Rm130 satu malam

deluxe ( muat 5 org ) - Rm 220 satu malam

family - Rm270 satu malam

banglo ( muat 2 org ) - Rm310 satu malam

No telefon : Khalid – 09-4195317, 09-4195034

Donn - 019-461 3643

website : www.salangpusakaresort[dot]com

_____________________________________
__________
D. Salang Indah Resort (ni tempat mak sedare aku) heheeee

Ni pula chalet yang selalu penuh and sentiasa full booked, kadang-kadang sampai sebulan penuh orang book.. utk makluman bilik meeting pon ade kat sini...kawasan persekitaran Salang Indah ni bersih jer, menarik (maklumla pkeja kat sni ramai sgt..rajin2 lak 2..service yg bagus taw.. ) .tapi ati2 klau nk mandi manda depan chalet.. sbb tak sesuai nak mandi coz banyak batu...huhuhuu

rate chalet untuk satu malam :

family : Rm170~Rm185 ada aircond

standard ( muat 4 org ) - Rm140~Rm155, ekon

sea view ( muat 2 org ) - Rm120~Rm135, ekon

hill view ( muat 2 org ) - Rm100~Rm120, ekon

basic ( muat 4 org ) - Rm100~Rm120, ekon

basic ( muat 2 org ) - Rm120~Rm130, ekon

basic ( muat 2 org ) - Rm50~Rm60, kipas jer

#Pakej pon ader ngn harga yg berpatutan...

No Telefon : Zalina(along lina) 09-4195015, 09-4195039
_____________________________________
__________
E. Salang Beach Resort

Hurmmm...chalet ni asalnya kepunyaan orang melayu.. tapi telah di sewakan utk orang berbangsa lain yg menguruskan.. kawasan nya bersih.. kemas.. so ikot keselesaan korang la ek.. nak atau tak nak.. tu jer

Pakej penginapan RM480
   #Pakej chalet includes :
   5 meals (2 breakfast, 1 Pack Lunch, 2 Dinner)
   1 Life jacket for Snorkelling Trip @ JungleTracking (boleh pilih salah satu)
   Accommodation 3hari 2malam
   Seaview Chalet (Chalet nampak laut )

_____________________________________
__________
F. Ella's Place

Ini satunya tempat yang tak guna perkataan resort.. dia guna Place.. pasal owner tempat ni tak ada wat pakej pakej..kalau nak dating, redah jer.. kalo ada kosong ada la.. kalau tak ada, mintak maaf je la.. cari lain hik hik

Bilik paling murah adalah RM50 semalam, ada RM70 dan RM100 utk sea view. Kebiasaannye.. dia lebih prefer mat salleh.. kalau tengok registration book dia, memang penuh nama mat salleh.. kelassss gitewww..

Walaupun kawasannya cantik, bersih, banyak bunga.. tp penat nak berjalan ke jeti, nak mandi manda, nak cuci mata.. memang payah.. tempat ni kira paling jauh di hujung kampung..saya tak prefer la sangat tempat ni.. cuma berkenan ngan harganya yg murah.. tu jer..

No Telefon : Hashim

p/s : kekadang, bilik yg muat utk 2 org tu, leh sumbat 4-5 org gak.. apa ada hal.. korang just nak tido jer kan.. pastu jimat la kalo yg x ikot pakej.. leh share share bayar.. kan~
_______________________________________________

G. Puteri Salang Inn

Chalet kat Puteri Salang Inn ni ok la.. ramai mat salleh duduk, tempat terceruk kat belakang, bersebelahan ngan Salang Pusaka..

rate chalet :

mara chalet - Rm40 ( muat 2 org ) kipas jer
A Chalet - Rm60 ( muat 2 org ) kipas jer
A Chalet - Rm75 ( muat 3 0rg ) kipas jer
A Chalet - Rm95 ( muat 2 org ) ekon
A Chalet - Rm110 ( muat 3 org ) ekon
A Chalet - Rm150 ( muat 4 org ) ekon

_______________________________________________

So setelah dapat info tentang chalet ni, moh la pakat2 g Pulau Tioman...

Comments

  1. Wc dear...da dtg ke tioman ke?

    ReplyDelete
  2. Tme kseh atas infomation.. mybe g bulan 4.2016.. utk 17 dewasa 3 kanak2... de sugestion tmpt yg menarik n fullboard x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuizee sam, dah pergi ke? ambik pakej ape? sy maybe g bulan 10 ni..any suggestion?

      -muslihah

      Delete
    2. Bole share pakej & penginapan menarik di salang.?? Planing nk buat family trip april ni

      Delete
    3. Bole share pakej & penginapan menarik di salang.?? Planing nk buat family trip april ni

      Delete
  3. Salang indah resort tu still sme hrge ke dgn skrg?

    ReplyDelete
  4. Senang bagi talian hayat...no telefon yang Tuan berikan susah dan tak dapat dihubungi..

    ReplyDelete

Post a Comment